Friday, March 30, 2007

Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berbagai aktiviti yang dibanggakan dan bertaraf dunia, termasuklah penghantaran angkasawan.
Dalam kebanggaan itu rakyat Malaysia ditipu secara sedar atau tidak iaitu dari segi penggunaan TVRO( Satellite TV) dari segi ini Rakyat Malaysia Ketinggalan, hanya mengharap kan Astro.
Astro tiada pesaing nya oleh itu ia mudah untuk menipu rakyat, kononnya siaran RTM1,RTM2, TV3,NTV7 yang dikatakan percuma tetapi apabila akaun astro seseorang itu ditutup (mungkin tidak membayar bil) siaran RTM1,RTM2, TV3,NTV7 bergelap sama siaran-siaran lain yang dilanggan kalau percuma kenapa siaran RTM1,RTM2, TV3,NTV7 tidak di FTA kan, inilah penipuan oleh kerana astro satu-satu nya di Malaysia yang membuat penyiaran menggunakan satellite.

TVRO tidak boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia, berbagai alasan diberi tetapi mengapa internet dibolehkan? internet dirasakan lebih terok lagi, berbagai gambar,berbagai tulisan,rencana dan lain lain lagi kerana di internet ada lah dua hala menerima dan menghantar,TVRO hanya boleh menerima sahaja (tak tahu le kalau ada rakyat Malaysia yang sanggup buka stesyen penyiaran sendiri setiap rumah?).